Monday, March 4, 2019

Tips menjaga Kenderaan


Saya akan berkongsi kepada pembaca tentang asas penjagaan kenderaan iaitu kereta supaya pembaca dapat elak dari penipuan pomen-pomen yang cekik darah. Semoga Bermanfaat.


1. MINYAK HITAM



Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2.SPARK PLUG

Image result for spark plug kereta


Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah.
 Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.


3. BATERI KERETA
Image result for bateri kereta

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
4TIMING BELT
Image result for timing belt kereta

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
5. RADIATOR COOLANT
Image result for RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!




No comments:

Post a Comment

Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai

20190430 | Selasa 1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.  - Pastikan Anugerah ini di label dengan taju...