Tuesday, April 30, 2019

Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai

20190430 | Selasa






1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda. 
- Pastikan Anugerah ini di label dengan tajuk "AnugerahBlogger"

2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.

5 Fakta terbaik mengenai Cik Afzan : 
1. Tegas
2. Kreatif menyatakan idea.
3. Berdisiplin
4. Kemampuan mandiri @ berdikari
5. Tepati masa

3-Tuliskan 5 perkara tentang diri anda sendiri 

 1. Suka membaca tentang sistem cakrawala

 2. Suka kepada kanak-kanak tapi kanak-kanak tak suka kepada saya.

 3. Memilih dalam bab makan.

 4. Minat teknologi baru

5. Suka ride


4- Sampaikan Anugerah ini kepada 5 orang penulis Blogger yang menjadi pilihan anda dan nyatakan kenapa blog ini menjadi pilihan anda.



 "Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai" ini saya anugerahkan kepada :

1. Muhaimin : Grafiknya menarik, ada info yang boleh dipelajari.
2. Aina: Grafiknya menarik.
3. Shira : Blog kemas dan menarik.
4. Amira : Blog kemas dan menarik.
5. Awie :  Artikel berbahasa Inggeris yang menarik untuk dibaca.

Wednesday, April 10, 2019

AMALAN 5S YANG MESTI DIPRAKTIKKAN




Amalan 5s iaitu susun,sisih,sapu,seragam dan sentiasa amal mesti dipraktikkan dan diamalkan untuk menjaga kebersihan tak kira di pejabat, rumah, tempat belajar dan mana mana saja termasuk tandas.
Kalau kita tengok kebanyakkan orang Malaysia tidak mengamalkan 5s ni sebagai contoh kita boleh tengok di tandas awam dimana kebiasaannya tidak bersih namun tidak semuanya macamtu.

Aku nak tunjuk beberapa aktiviti amalan 5s yang aku dan kawan-kawan ILP buat dalam makmal ICT sebelum memulakan pembelajaran harini.



SUSUN MEJA DAN KOMPUTER


Benda yang kami buat mula2 sekali adalah susun meja dan tolak kerusi kebelakang untuk memudahkan kerja menyapu dan mop lantai. Kami juga susun komputer untuk bagi nampak kemas dan teratur.






SAPU LANTAI

Lepas selesai susun kami mula menyapu..banyak betul pasir dan habuk yaa :D ..dekat rumah tu rajin2 la menyapu tolong mak jangan tau tidur makan ja XD kalau tak macam ni la jadinya.










MOP LANTAI

Selesai saja menyapu kami mop lantai..baru la meqelap pap pap nohh..
Ni hasil selepas mop..shining wooo










SEBELUM
SELEPAS

MENYUSUN CABLE


Penyusunan cable penting juga kerana dapat menyejukkan mata memandang..kalau mata tengok pun tak serabut hati pun tenang apalagi bila hendak menimba ilmu.







LAP TINGKAP

Tingkap dilap dengan kain yang lembap untuk buang debu dan kotoran pada tingkap.



KESIMPULAN

Jika anda perasan, kerja-kerja ini disiapkan secara berjemaah dimana masing-masing main peranan bantu membantu antara satu sama lain jadi dengan pengamalan 5s ni bukan saja dapat menaikkan taraf negara dimata orang luar malah sesama kita sendiri juga dapat manfaat terutama dalam mengeratkan hubungan dengan keluarga,rakan dan masyarakat. 






Monday, April 8, 2019

Video petikan dari Film Karate Kid

Apa yang aku dapat kaitkan video diatas dengan latihan di ILP Perai ialah membuat latihan secara kerap iaitu berulang-ulang dapat jadikan aku mahir dalam bidang yang diceburi seperti Web Development dimana aku berlatih merangka html menggunakan Adobe Dreamweaver dan menggunakan Photoshop secara berulang memudahkan aku menghafal setiap kegunaan tool dalam dua software tersebut.




Video kedua ni pula menunjukkan proses pembelajaran diluar kelas dimana aku mencari ilmu baru untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam bidang yang aku ceburi. Seperti yang ada dalam video tersebut, budak tu meniru aksi wanita itu berkomunikasi dengan ular.




Video last ni pula memnunjukkan budak tu menang pertandingan dengan menggunakan pengetahuan yang dia pelajari dari luar. Kita dapat aplikasikan dalam kehidupan terutama students dimana untuk berjaya bukan sahaja perlu komitmen dan tumpuan dalam kelas malah kita perlu usaha mencari ilmu luar yang dapat diperoleh dari pelbagai sumber.

Monday, March 4, 2019

Tips menjaga Kenderaan


Saya akan berkongsi kepada pembaca tentang asas penjagaan kenderaan iaitu kereta supaya pembaca dapat elak dari penipuan pomen-pomen yang cekik darah. Semoga Bermanfaat.


1. MINYAK HITAM



Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2.SPARK PLUG

Image result for spark plug kereta


Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah.
 Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.


3. BATERI KERETA
Image result for bateri kereta

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
4TIMING BELT
Image result for timing belt kereta

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
5. RADIATOR COOLANT
Image result for RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!




Apa yang dipelajari melalui E-Usahawan


Hari ini saya diajar Cik Fairuz cara mengayat customers dengan penggunaan ayat soft sell dan hard sell. Saya suka konsep Soft Sell kerana tak terlalu direct niat menjual tu.

Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana mengurus maklumat




Infographic bertujuan memberi gambaran ringkas tentang sesuatu topik atau data. Ia juga dapat menerangkan proses yang kompleks dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.
Selain dapat meringkaskan catatan blog panjang atau laporan ia juga dapat
membentangkan tentang data atau maklumat dalam bentuk visual yang menarik dan dalam teks yang minimal.
Hal ini kerana data atau maklumat yang tidak tersusun atau teratur akan menyukarkan seseorang untuk memahami atau membaca konteks dalam sesebuah pembentangan.

Tuesday, January 22, 2019

Jawapan tugasan


1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )


KanbanFlow adalah alat pengurusan projek Lean dengan antara muka pengguna yang intuitif yang mudah dipelajari dan digunakan. Lembaga Kanban memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan kerja semasa anda. Di dalam pasukan, anda dapat melihat dengan segera apa ahli pasukan anda sekarang berfungsi, tugas apa yang telah mereka selesaikan, dan apa yang akan datang.


2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? ( 5 Markah)                                             


  Pomodoro membantu track masa dan mengekalkan focus ketika bekerja. Aplikasi ini membantu mengatur masa dan menguruskan tugas dengan lebih efektif.

1.     Dapat mengurus masa dengan lebih baik.
2.     Dapat membantu focus dalam setiap tugasan.
3.     Menjamin keselamatan data setiap tugasan yang hendak disimpan.




3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)                                                                                                                                            
  
 Blog ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.


Blog kekal di laman web anda dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Anda menghantar surat 
berita e-mel anda melalui e-mel kepada kumpulan orang tertentu. Blog membantu anda 
meletakkan diri anda dan syarikat anda sebagai pakar industri. Newsletter e-mel 
membolehkan anda mengesan dan menyasarkan kumpulan pembaca tertentu.


4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)

HTML <embed> element digunakan untuk mengintegrasikan aplikasi external (selain HTML) atau konten interaktif (Plug-in) kedalam dokumen HTML (Web).
Penggunaannya bersamaan dengan attribute <src> yang merujuk pada sumber dari file aplikasi eksternal atau plug-in tersebut.


Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai

20190430 | Selasa 1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.  - Pastikan Anugerah ini di label dengan taju...